
Sila pastikan kedua-dua kepak terbuka dan silang rujuk gambar
dengan teks bila perlu.
Sebelum anda mulakan, sila rujuk kepada arahan bekalan kes-
elamatan elektrik pada halaman 14 (U.K. dan Ireland sahaja).
Udara lebih bersih untuk rumah yang lebih sihat
Kini anda mempunyai Pembersih Udara Electrolux Oxy³silence,
anda akan menyedut udara yang lebih bersih. Sebaiknya, alat ini
diletakkan di tempat anda paling banyak menghabiskan masa,
misalnya di ruang tamu atau bilik tidur.
Di mana sahaja ada orang, tanaman atau haiwan peliharaan,
pasti ada partikel bawaan udara yang boleh menjejas kes-
ejahteraan anda, terutama jika anda mengalami alergi. Misalnya,
tahukah anda bahawa udara dalam sebuah bilik boleh menjadi
lebih tercemar daripada udara di dalam sebuah bandar yang
besar? Kajian sains menunjukkan kandungan partikel setiap liter
udara seperti berikut:
Biasanya, anda tidak boleh lihat atau bau partikel dalam udara
di dalam bangunan. Tetapi partikel yang ada dalam bangunan
dan boleh menjejaskan kesihatan anda. Jika digunakan di dalam
bilik-bilik yang saiznya seperti yang disarankan, mesin pembersih
udara anda mengurangkan kandungan habuk dengan sekurang-
kurangnya 80% berterusan. Ia mengurangkan habuk bawaan
udara, seperti debu, debunga, spora, habuk daripada bulu bina
-
tang dan bahan cemar perindustrian yang meningkatkan kualiti
udara. Ia juga mengurangkan jumlah bakteria dan virus.
Penapisan beberapa peringkat
Untuk menjamin kualiti udara paling tinggi, pembersih udara
mempunyai sistem penapisan elektrostatik berbilang peringkat unik.
Peringkat 1 Dua penapis awal membuang partikel besar
seperti rambut.
Peringkat 2 Sebuah penapis utama elektrostatik mengurang-
kan habuk bawaan udara lebih kecil. (Lihat di atas)
Peringkat 3 Menggunakan penapis karbon* akan mengu-
rangkan gas dan bau udara dalaman. Penapis karbon akan
mengurangkan sedikit aliran udara. Keluarkan plastik pelindung,
letakkan penapis karbon di tempatnya dalam penapis udara di
atas penapis utama dan letak balik penutup. Penapis karbon
boleh didapati sebagai aksesori (No. Rujukan EF103) dan boleh
digunakan dalam semua model.
Untuk keselamatan anda
Mesin pembersih udara ialah sebuah alat elektrik dan semestilah
dijaga seperti sebuah alat elektrik. Ikut arahan keselamatan ini
dan simpan risalah ini untuk rujukan.
• Mesin ini hanya harus digunakan oleh orang dewasa sahaja.
Kanak-kanak kecil atau orang yang uzur hendaklah diawasi
untuk memastikan bahawa mereka tidak bermain dengan
perkakas itu.
• Jangan guna di tempat yang lembap seperti bilik mandi. Jika
cecair termasuk ke dalam pembersih udara, matikannya dan
bawanya ke wakil servis yang disahkan untuk diperiksa.
• Jangan guna di luar rumah.
• Jangan gunakannya berdekatan dengan gas yang mudah
terbakar.
• Jangan letakkan di bawah pengesan asap.
• Jangan guna jika wayar atau plagnya rosak. Untuk mengelak
kan bahaya, wayar atau plag yang rosak mesti sentiasa
diganti di wakil servis Electrolux yang disahkan.
• Jangan letakkan apa-apa barang di atas atau di dalam unit.
• Jangan sekat jeriji.
• Sentiasa cabut plag dari bekalan kuasa sebelum mengeluar
-
kan penapis untuk dibersihkan.
• Jangan basuh penapis utama di dalam air atau mesin basuh
pinggan mangkuk.
• Sentiasa tukar penapis utama yang rosak.
Seperti perkakas elektrik lain, pembersih udara ini boleh meng-
hasilkan sedikit ozon. Anda mungkin mengesan sedikit bau
(seperti bau klorin) terutama sekali ketika unit ini masih baru.
Walau bagaimanapun, jumlah yang dijana adalah amat kecil dan
di bawah had yang ditetapkan oleh pihak yang berkuasa. Untuk
mengurangkan jumlah ozon anda boleh memasang penapis
karbon pada Pembersih udara anda.
Untuk hasil terbaik
Tempatkan mesin pembersih di atas lantai berhampiran dengan
dinding. Pembersih udara menyedut udara di paras lantai dan
mengeluarkan udara dari atas. Jika terdapat alat pemanas
yang dipasang di dinding, letak pembersih udara ini sepanjang
dinding yang sama supaya udara panas yang naik keluar sama
dengan udara dari mesin pembersih udara ini. Apabila dua atau
lebih unit digunakan di dalam sebuah bilik, letakkan di sepan-
jang dinding yang sama, jaraknya sejauh mungkin.
PERSEKITARAN DESA 1 juta
BANDAR 100 juta
DALAM RUMAH ANDA 100 juta
LEBUH RAYA 1 bilion
ASAP TEMBAKAU 100 bilion
Arahan untuk Mengguna
1. Pengatur* 10. Pemegang untuk membawa
2. Butang* 11. Kord kuasa elektrik
3. Pengesan Bunyi* 12. Ruang untuk kord yang tidak digunakan
4. Set semula butang* 13. Butang untuk melepaskan tudung atas
5. Butang program* 14. Pelapik kadar
6. Butang kunci untuk 15. Lampu penanda*
keselamatan kanak-kanak* 16. Dawai rizab/dawai korona
7. Jeriji salur masuk udara 17. Kebuk pengionan
8. Jeriji salur keluar udara 18. Kebuk pengionan
9. Pintu sebelum menapis
*Hanya pada model-model tertentu
Penggunaan
Semua model adalah dimaksudkan untuk penggunaan
berterusan pada seting kelajuan kipas 1 atau salah daripada
program automatik*. Seting kelajuan kipas boleh ditukar kepada
2 atau 3 jika perlu.
Hasil terbaik boleh didapati dengan cara meninggalkan mesin
pembersih udara ini sepanjang masa. (Ia menggunakan kurang
kuasa elektrik daripada kebanyakan lampu.)
Bahasa Melayu
Kadar penyampaian udara bersih*)
(CADR +/-10% m³/h)
Kedudukan 1 130 110
Kedudukan 2 240 230
Kedudukan 3 380 380
Muatan saiz bilik (m
2
)
Kedudukan 1 27 23
Kedudukan 2 50 48
Kedudukan 3 79 79
Paras bunyi (dBA)
(ISO 3741)
Kedudukan 1 31 28
Kedudukan 2 44 43
Kedudukan 3 63 63
Penggunaan kuasa (W)
Kedudukan 1 30 30
Kedudukan 2 35 35
Kedudukan 3 70 60
*) = CADR diukur tanpa penapis karbon.
Menepati keperluan keselamatan dan had pengeluaran ozon
yang ditetapkan oleh arahan IEC 60335-1 dan 60335-2-65.
Spesifikasi Teknikal
220-240V/50-60HZ 100-110V/50-60Hz
ELX9388_aircleaner_Asia_insert.indd 8 2006-05-17 14:30:57
Comentarios a estos manuales