
Spesifikasi
Data teknikal
Penebatan dua-kali ganda ( )
Menepati arahan EU bagi perlesenan CE.
Keselamatan diluluskan menurut IEC 335-1 dan
335-2-2.
Penggunaan kuasa maksima: 1230 W
Kipas: Kipas pancaran dua-hala
Voltan sambungan: 230 V
Kuasa sedutan: 270 watt (sedutan)
Tahap bunyi, vakum: 67 dBA
Radius pengendalian: 12 m
Berat: 7,8 kg
Dimensi: 557 x 259 x 241 mm
Elektronik
Kawalan kuasa elektronik
Pengaktifan senyap
Penjimatan kuasa
Sumber bekalan kuasa
Perlindungan haba berlebihan
Pelindung elektrik statik
Sistem penurasan tiga-cara Lux
Penuras HEPA
Penuras keselamatan
Beg habuk: isipadu 31, penutup automatik
Sistem tiub Lux
Tiub teleskop dengan muncung celah yang disatukan
Bahan tiub: Aluminum ringan, Ø 32 mm
Aksesori-aksesori
Muncung kombinasi kecil
Muncung celah
Berus radiator (tambahan)
Bekas penyembur (tambahan)
Muncung kuasa untuk permaidani (tambahan)
Muncung kuasa untuk tekstil (tambahan)
Lain-lain
Badan vakum: Diperbuat dari keluli
Warna: Metalik Lux
Penutup
Lubang ekzos
Kedudukan letak menegak/melintang
31
beg itu keluar. Bersihkan bahagian dalam dengan kain
kering. Tebarkan beg habuk baru dan masukkannya ke
dalam ruang itu. Tutup dengan penutupnya.
T. Apabila perlu, gantikan penuras keselamatan. Buka
penutup beg habuk. Angkat beg habuk itu keluar. Buka
penuras keselamatan itu. Masukkan sebuah penuras
keselamatan Lux yang baru. Masukkan beg habuk itu dan
tutup dengan penutupnya.
U. Apabila perlu, gantikan penuras HEPA. Buka penutup
penuras dan keluarkan kaset penuras itu. Masukkan
sebuah penuras HEPA yang baru dan tutup penutupnya.
Jangan sekali-kali menggunakan vakum untuk cecair,
gelas pecah atau objek-objek tajam yang lain. Di
samping itu, jangan bersihkan abu atau cecair dan gas
yang mudah terbakar dengan menggunakan vakum.
V. Untuk rehat seketika semasa menggunakan vakum,
tetapkan tiub dan muncung ke kedudukan letak yang
terdapat di sisi vakum itu. Vakum akan terpadam secara
automatik. PERHATIAN! Mematikan peralatan ini dalam
cara sebegini hanya boleh dilakukan jika hendak rehat
buat seketika.
X. Vakum ini mempunyai sebuah lubang ekzos udara
panas. Sambungkan penyalur ke lubang ekzos udara
panas dari belakang. Tujukan pemegang penyalur ke arah
yang dikehendaki. Gunakan lubang ekzos udara panas
untuk mengeringkan kasut, but, dll.
Aksesori-aksesori tambahan
25. Bekas penyembur tambahan boleh dipasangkan ke
vakum Lux anda untuk mengecat, menyiram bunga, dll.
Sambungkan penyalur ke lubang ekzos. Masukkan tiub
ke dalam bekas penyembur. Isikan bekas itu dengan
cecair. Sesuaikan jet semburan dengan punat a. Isipadu
cecair yang disemburkan itu boleh disesuaikan dengan
menutup lubang b.
26. Gunakan berus radiator untuk membersihkan radia-
tor sepenuhnya dengan menggunakan vakum.
27. Gunakan muncung kuasa ZE3 untuk pembersihan
permaidani dan tekstil yang berkesan. Sambungkan
muncung kuasa itu ke sumber bekalan kuasa.
28. Muncung kuasa Power Lux itu dicipta khusus untuk
tekstil. Pasangkan muncung kuasa itu ke pemegang
penyalur dan sambungkannya ke sumber bekalan kuasa.
29. Turboclean adalah aksesori yang menggunakan
kuasa bekalan udara dan mempunyai pelbagai ke-
gunaan, contohnya untuk mengisar, menggilap, men-
gurut dan membersih.
Penting
Y. Pastikan anda sentiasa menyimpan vakum Lux anda
di tempat yang kering pada suhu bilik dengan suis kuasa
dimatikan, plag elektrik ditanggalkan dan wayar kuasa
digulungkan semula. Penyalur dan tiub boleh ditempat-
kan seperti di dalam gambar.
Jika penyalur tersekat: Sambung penyalur ke lubang
ekzos, masukkan tiub di bukaannya, dan mulakan vakum
itu. Jika vakum itu dimatikan semasa peng-gunaan dan
lampu penunjuk haba berlebihan berkelip - rujuk ke
arahan-arahan di ba-hagian I. Sebelum membersihkan
atau menyeng-garakan vakum itu, pastikan plag elektrik
dicabutkan dari sumber bekalan kuasa di dinding. Untuk
khidmat-khidmat lain, bahagian-bahagian ganti dan
aksesori-aksesori, hubungi penjual Lux anda.
Jangan tarik atau angkat vakum itu dengan meme-
gang wayar elektriknya. Periksa wayar itu dari masa ke
masa untuk sebarang kerosakan. PERHATIAN! Jangan
guna-kan vakum sekiranya wayar elektriknya rosak. Jika
rosak, minta pusat khidmat Lux yang bertauliah meng-
gantikan wayar elektrik tersebut.
Vakum Lux anda mempunyai penebatan dua-kali gan-
da, dan oleh itu, ia tidak dibumikan. Vakum itu hanya untuk
kegunaan orang-orang dewasa.
Comentarios a estos manuales