Butangkan sarung bantal, tutup zip, cang-
kuk dan butang ketap. Ikatkan tali ping-
gang atau pita yang panjang.
Tanggalkan tanda kotoran degil sebelum
membasuh.
Bahagian yang sangat kotor hendaklah di-
gosokkan dengan detergen khas atau pes
detergen.
Langsir hendaklah dibasuh dengan cer-
mat. Tanggalkan cangkuk atau ikatkannya
di dalam beg atau jaring.
MENGHAPUS TANDA KOTOR
Tanda kotoran yang degil mungkin tidak
dapat dihapuskan hanya dengan air dan
detergen. Oleh itu, adalah dinasihatkan
untuk merawatnya terlebih dahulu sebe-
lum membasuh.
Darah: bersihkan kotoran yang masih ba-
ru dengan air sejuk. Bagi kotoran yang su-
dah kering, rendam semalaman dalam air
dengan detergen khas, kemudian gosok
dengan sabun dan air.
Cat berasaskan minyak: lembapkan de-
ngan bahan penghapus kotoran benzin,
bentangkan di atas kain lembut dan pe-
dabkan kotoran tersebut; lakukan bebera-
pa kali.
Tanda gris yang telah kering: lembap-
kan dengan turpentin, bentangkan pakai-
an tersebut di atas permukaan yang lem-
but dan pedabkan tanda kotoran dengan
hujung jari dan sehelai kain kapas.
Karat: asid oksalik dilarutkan dalam air
panas atau produk penghapus karat digu-
nakan ketika sejuk. Berhati-hati dengan
tanda karat yang sudah lama kerana
struktur selulosanya telah pun rosak dan
kain tersebut mudah berlubang.
Tanda kulat: bersihkan dengan peluntur,
bilas dengan baik (kain putih dan kain ber-
warna tahan luntur sahaja).
Rumput: letak sedikit sabun dan bersih-
kan dengan peluntur (kain putih dan kain
berwarna tahan luntur sahaja).
Pena mata bola dan gam: lembapkan
dengan aseton
2)
, bentangkan pakaian
tersebut di atas kain lembut dan pedapkan
tanda kotoran itu.
Gincu: lembapkan dengan aseton seperti
di atas, kemudian bersihkan tanda kotoran
dengan spirit bermetil. Bersihkan seba-
rang sisa tanda dengan peluntur.
Wain merah: rendam dalam air dan deter-
gen, bilas dan rawat dengan asid asetik
atau sitrik, kemudian bilas. Rawat seba-
rang sisa tanda dengan peluntur.
Dakwat: bergantung kepada jenis dakwat,
lembapkan kain terlebih dahulu dengan
aseton
2)
, kemudian dengan asid asetik;
bersihkan sisa tanda pada kain putih de-
ngan peluntur dan kemudian bilas dengan
sebersih-bersihnya.
Tanda tar: bersihkan dengan penghapus
tanda kotoran dahulu, spirit bermetil atau
benzin, kemudian gosokkannya dengan
pes detergen.
DETERGEN DAN PERAPI TAMBAHAN
Hasil cucian yang baik juga bergantung
kepada pemilihan detergen dan penggu-
naan jumlah detergen yang betul untuk
mengelakkan pembaziran dan melindungi
alam sekitar.
Meskipun detergen adalah biorosot, ia
mengandungi bahan yang, dalam jumlah
besar, boleh menjejaskan keseimbangan
alam.
Pemilihan detergen akan bergantung ke-
pada jenis kain (bahan halus, wul, kapas,
dsb), warna, suhu cucian dan takat koto-
ran.
Semua detergen mesin basuh yang biasa
didapati boleh digunakan pada perkakas
ini:
• detergen serbuk bagi semua jenis kain
• detergen serbuk bagi kain halus (60°C
maks) dan bahan wul
• detergen cecair, sebaiknya bagi pro-
gram basuh suhu rendah (60°C maks)
bagi semua jenis kain, atau khas bagi
bahan wul sahaja.
Detergen dan perapi tambahan mesti diisi-
kan ke dalam petak yang sesuai di laci
dispenser sebelum memulakan program
basuh.
Jika menggunakan detergen cecair, pro-
gram tanpa prabasuh mesti dipilih.
Perkakas ini menggabungkan sistem per-
edaran semula yang membolehkan peng-
gunaan optimum detergen pekat.
Patuhi saranan pengilang produk menge-
nai jumlah untuk digunakan dan jangan
2) jangan gunakan aseton pada sutera buatan
electrolux 31
Comentarios a estos manuales