
20
www.electrolux.com
Bahan yang terkena sedikit atau terendam dalam
minyak sayuran, minyak masak, losen pelindung
matahari, minyak linsid, minyak salad, minyak pelincir
atau gris. Bahan yang terkena minyak akan terbakar
secara spontan terutamanya jika terdedah kepada
sumber haba yang tinggi seperti mesin pengering.
Benda-benda tersebut jika dihangatkan akan
menghasilkan reaksi pengoksidaan yang menghasilkan
haba. Jika haba tidak dibebaskan, bahan tersebut akan
menjadi terlalu panas sehingga terbakar. Melonggok,
menyusun atau menyimpan bahan-bahan yang terkena
minyak boleh menyebabkan haba terperangkap dan
mewujudkan bahaya kebakaran. Pastikan bahan-
bahan yang terkena minyak atau produk penjagaan
rambut dibasuh dengan air panas dan bahan pencuci
pakaian terlebih dahulu jika benar-benar perlu untuk
dimasukkan ke dalam mesin pengering. Walau
bagaimanapun, kaedah ini hanya akan mengurangkan
tetapi tidak menghapuskan risiko kebakaran.
Bahan-bahan yang mempunyai kesan basuhan atau
terkena petrol/gasolin, kimia industri untuk
mencuci, bahan basuhan kering atau bahan mudah
terbakar atau meletup adalah mempunyai tahap
terbakar yang tinggi. Bahan mudah terbakar atau
meletup yang biasa terdapat di rumah seperti
aseton, alkohol ternyahasli (pembersih cat kuku),
petrol/gasolin, kerosin, penanggal kotoran,
turpentin, lilin dan penanggal lilin tidak seharusnya
dimasukkan ke dalam mesin pengering. Bahan
yang mengandungi getah busa (busa lateks) atau
material bertekstur serupa dengan getah. Getah
busa boleh menghasilkan api yang terbakar secara
spontan apabila dipanaskan.
Bahan-bahan diperbuat daripada getah, kain yang
mempunyai bahan getah busa, but getah dan kasut
sukan bersalut getah.
Untuk keselamatan anda dan bagi mengurangkan risiko
kebakaran atau letupan, JANGAN menyimpan atau
menggunakan petrol atau cecair dan gas mudah
terbakar berdekatan mesin pengering.
Arahan Keselamatan Penting
Keselamatan Pengering
Bahaya Kebakaran
Membersihkan Penapis Lin
Panduan Mengering
Kegagalan mematuhi arahan keselamatan ini boleh
merosakkan alat pengering atau pakaian anda.
Anda mungkin kemudiannya tidak dilindungi oleh
waranti bagi kerosakan tersebut.
Sesetengah kain tidak sesuai untuk dikeringkan menggu-
nakan mesin pengering. Benda-benda berikut TIDAK
BOLEH diletakkan ke dalam mesin pengering anda kerana
ia berisiko untuk terbakar atau meletup:
Perkakas ini hendaklah disambung kepada punca
kuasa AC sahaja, yang telah dibumikan dengan
sebaiknya dan mempunyai kuasa voltan yang betul.
Sila lihat nombor siri pada pelekat yang terdapat di
bawah pintu bukaan untuk maklumat voltan.
PERINGATAN: Jika bekalan kuasa untuk perkakas ini
disambung menggunakan kord pemanjangan
(extension) atau alat punca elektrik mudah alih,
pastikan alat-alat sambungan tersebut terlindung
daripada percikan air atau keadaan basah. Untuk
tujuan keselamatan, kami ingin menekankan agar
anda tidak menggunakan penyesuai (adaptor), kord
pemanjangan atau papan kuasa berganda.
Mesin pengering ini tidak direka bentuk untuk
dikendalikan oleh kanak-kanak atau warga emas yang
tidak berupaya tanpa pengawasan. Pastikan
anak-anak anda tidak bermain dengan perkakas ini.
PENTING: Jika kord elektrik mesin ini rosak, ia
mesti digantikan oleh Pengilangnya, Pusat Servis
Yang Dibenarkan atau orang yang berkelayakan
untuk mengelakkan berlakunya perkara yang tidak
dingini.
Mesin pengering ini adalah untuk mengeringkan
pakaian, tuala dan kain di rumah. Jangan
menggunakannya untuk tujuan komersial atau
tujuan-tujuan lain.
Ms 20
Ms 20
Ms 21
Ms 21
Ms 23
Ms 24
Ms 22
Ms 26
Ms 27
Arahan Pemasangan
Penggunaan
Panel Kawalan
Urutan Pengoperasian
Petua Penggunaan
Penyelesaian Masalah
Kandungan
Arahan Keselamatan Penting
KESELAMATAN PENGERING BAHAYA KEBAKARAN
Comentarios a estos manuales