Electrolux EDV7051 Manual de usuario Pagina 26

  • Descarga
  • Añadir a mis manuales
  • Imprimir
  • Pagina
    / 28
  • Tabla de contenidos
  • MARCADORES
  • Valorado. / 5. Basado en revisión del cliente
Vista de pagina 25
26
www.electrolux.com
Jangan gunakan mesin pengering untuk mengering-
kan barangan seperti langsir jaring, kain bulu bebiri,
sutera, fabrik dengan kelim logam, seluar nilon,
bahan-bahan berat seperti jaket kalis air, selimut,
selimut bulu eider, beg tidur, barangan kulit berbulu
dan barangan yang mengandungi busa getah atau
bahan yang serupa dengannya.
Keluarkan pakaian setelah selesai dikeringkan.
Jangan mengeringkan pakaian melebihi keperluan
masa yang ditetapkan untuk mengelakkan renyuk
dan menjimatkan tenaga.
Pakaian yang terkena pasir dan batu halus
hendaklah dibasuh terlebih dahulu.
Untuk membantu anda, berikut adalah panduan berat
sesetengah barangan basuhan yang biasa.
Jangan memasukkan pakaian dalam seperti bra dan
korset yang mempunyai bingkai logam. Mesin anda
akan rosak jika bingkai logam tersebut terkeluar
daripada pakaian. Masukkan pakaian tersebut ke
dalam beg khas yang bersesuaian sekiranya perlu
dikeringkan menggunakan mesin.
Pastikan poket dikosongkan dan tidak mengandungi
klip, pen, paku dan pin yang boleh merosakkan
pakaian dan mesin anda. Barangan lain seperti
pemetik api atau mancis boleh menyebabkan
kebakaran.
Tutup semua butang katup, cangkuk, kancing mata
dan zip yang boleh terlekat pada barangan lain. Ikat
semua tali pinggang dan tali apron untuk mengelak-
kannya daripada berselirat.
Masa pengeringan bergantung dengan jenis, saiz dan
kebasahan fabrik. Berjimat dengan memastikan
muatan telah diputar kering delam mesin basuh
sebelum dimasukkan ke dalam mesin.
Masa pengeringan juga dipengaruhi oleh kekuatan
tenaga elektrik, suhu bilik dan kelembapan udara.
Fabrik lambat kering jika cuaca sejuk dan lembap.
Susun fabrik mengikut jenis yang sama. Barangan
yang berat seperti tuala dan sarung tilam yang lambat
kering diasingkan daripada baju dan pakaian lain yang
cepat kering.
Jangan mengeringkan pakaian berwarna gelap
dengan yang berwarna cerah untuk mengelakkan
percampuran warna atau cebisan yang melekat.
Nota: Sesetengah fabrik seperti kain sintetik
mengumpul cebisan daripada fabrik lain seperti
tuala dan lampin. Asingkan fabrik mengikut jenis
untuk mengurangkan berlakunya perkara tersebut.
Jika terdapat barangan yang masih belum kering
setelah selesai putaran, tetapkan masa 30 minit
selepas pengeringan. Ini adalah untuk barangan
yang mempunyai pelbagai lapisan seperti pakaian
berpoket atau berkolar.
Sentiasa bersihkan penapis lin untuk mengurangkan
masa pengeringan dan menjimatkan wang anda.
Pakaian hendaklah diputar dalam mesin basuh
sebelum dimasukkan ke dalam mesin pengering.
Barangan yang mudah dijaga seperti baju hendaklah
diputar dalam mesin basuh sebelum dikeringkan
selama kira-kira 30 saat.
Untuk mengelakkan cas statik setelah pengeringan
selesai, gunakan sama ada pelembut fabrik semasa
membasuh pakaian atau perapi fabrik yang
dikhaskan untuk mesin pengering.
Petua Penggunaan
Cadar
Sarung meja
Tuala dapur
Napkin meja
Tuala tangan
Jubah mandi
Baju lelaki
Sarung bantal
Pijama lelaki
Pakaian tidur wanita
Tuala mandi
Vista de pagina 25
1 2 ... 21 22 23 24 25 26 27 28

Comentarios a estos manuales

Sin comentarios