
MELAYU 25
Seterusnya tekan Start/Pause untuk memulakan
pengering.
Mode ini memberikan anda beberapa pilihan
daripada Program Pemilihan Masa (Timer)
termasuk suhu yang anda kehendaki.
Tekan butang Program untuk
memilih sama ada 90, 60 atau
30 Minit dari Program Timer.
Lampu akan menyala
mengikut pilihan anda.
3.2 Program Timer
1.
Tekan butang Temperature
untuk memilih sama ada
Normal, Delicates atau
Airing. Lampu akan menyala
mengikut pilihan anda.
Seterusnya tekan Start/Pause untuk
memulakan pengering.
Amaran: Jangan menghentikan mesin
pengering sebelum tamatnya kitaran
pengeringan melainkan jika semua barangan
dikeluarkan dan dibentangkan untuk
menghilangkan haba.
Suis Padam (Off)
Setelah anda selesai menggunakan pengering,
tekan butang On/Off untuk memadamkan mesin
dan seterusnya memadamkan punca kuasa.
Adalah disyorkan agar punca kuasa tidak
dibiarkan hidup (On) pada mesin pengering.
Bersihkan Penapis Lin
Setiap kali selepas penggunaan, sila bersihkan
penapis lin untuk mengurangkan masa
pengeringan dan mengelakkan mesin terlebih
panas.
Memeriksa Muatan
Penyejukan
Untuk memeriksa kekeringan atau menambah pakaian
semasa putaran, buka pintu pengering. Mesin akan
mengeluarkan bunyi “bip” beberapa kali mengisyarat-
kan bahawa pintu dibuka. Jika pengeringan lanjut
diperlukan, tutup pintu dan tekan butang suis
keselamatan pintu seterusnya tekan butang
Start/Pause untuk meneruskan.
Pemanas mesin pengering anda akan terpadam
secara automatik pada penghujung setiap putaran
pengeringan. Lampu Petunjuk Kitaran Penyejukan
(Cooling) akan dihidupkan. Ini adalah penting untuk
menghilangkan haba daripada pakaian dan
mengelakkan renyuk.
Tetapan Memori Terakhir
Pergerakan Terbalik
Apabila anda menggunakan mesin anda untuk proses
seterusnya, ia akan bersedia digunakan mengikut
memori Program, Suhu dan Pilihan yang ditetapkan
pada proses sebelumnya. Walau bagaimanapun, anda
boleh mengubah semula tetapan berikut mengikut
kehendak anda.
Dram dalam mesin direka bentuk untuk berputar pada
kedua-dua arah – mengikut jam dan lawan jam. Ini
mengurangkan kekusutan dan memberi kesan
pengeringan yang sekata dalam tempoh yang singkat.
Buzzer akan berbunyi setelah selesai penyejukan
menandakan bahawa pakaian telah kering (kecuali jika
fungsi ini tidak diaktifkan). Ia akan berbunyi selang 15
minit. Lampu peringatan untuk membersihkan penapis
akan menyala.
Lampu petunjuk kitaran (Progress Indicator) akan
menyala untuk memaklumkan anda tentang proses
yang dilakukan oleh mesin.
Untuk prestasi pengeringan yang terbaik, hanya
tambah atau keluarkan pakaian pada permulaan
putaran pengeringan.
2.
Comentarios a estos manuales