Electrolux EDC67150W Manual de usuario Pagina 12

  • Descarga
  • Añadir a mis manuales
  • Imprimir
  • Pagina
    / 32
  • Tabla de contenidos
  • MARCADORES
  • Valorado. / 5. Basado en revisión del cliente
Vista de pagina 11
12 electrolux petua pengeringan
Petua pengeringan
Sebelum memasukkan pakaian
Jangan keringkan yang berikut ini:
Bahan yang sangat halus seperti
langsir net, wul, sutera, fabrik dengan
perapian logam, seluar sendat nilon,
pakaian besar seperti anorak, selimut,
selimut bulu eider, beg tidur, kuilt
bebulu dan apa-apa item yang men-
gandungi getah busa atau bahan yang
serupa dengan getah busa.
Sentiasa patuhi arahan pada label
pakaian:
boleh dikeringkan
pengeringan biasa (suhu tinggi)
pengeringan lembut (suhu ren-
dah)
jangan keringkan
Tutup sarung bantal dan alas bantal
dengan kancing untuk mencegah item
pakaian yang kecil daripada terbeli-
belit di dalamnya. Kenakan butang
katup, zip dan cangkuk dan ikatkan
tali pinggang dan tali apron.
Asingkan pakaian mengikut jenis dan
tahap pengeringan yang diperlukan.
Jangan terlebih keringkan pakaian, ini
mencegah kedutan dan menjimatkan
tenaga.
Elakkan mengeringkan pakaian gelap
dengan item berbulu yang berwarna
cerah seperti tuala kerana ia boleh
menarik bebulu tersebut.
Pakaian mesti dikering putarkan betul-
betul sebelum dikeringkan.
Item mudah jaga, juga, contohnya
kemeja, hendaklah dikering putarkan
terlebih dahulu sebentar sebelum dik-
eringkan (bergantung kepada tahan
kedut anggaran 30 saat atau menggu-
nakan program khusus kering putar
sebentar pada mesin basuh anda).
Tekstil yang berkait (pakaian dalam
berkait) mungkin mengecut sedikit
semasa pengeringan. Harap item
jenis ini tidak dikeringkan secara
berlebihan. Adalah dinasihatkan untuk
mengambil kira pengecutan semasa
memilih saiz pembelian pakaian yang
baru.
Anda juga boleh memasukkan item
yang berkanji ke dalam pengering
anda. Walau bagaimanapun, untuk
mencapai kesan kanji yang dikehen-
daki, pilih program “kering seterika”.
Untuk mengeluarkan apa-apa sisa
kanji, lap dram dalaman setelah pen-
geringan dengan kain lembap dan
kemudian gosokkannya kering.
Untuk mengelak daripada cas statik
apabila pengeringan telah selesai,
guna sama ada pelembut fabrik
semasa membasuh pakaian atau per-
api fabrik khusus untuk mesin penger-
ing.
Keluarkan pakaian apabila mesin pen-
gering telah selesai pengeringan.
Jika item individu masih lembap sete-
lah pengeringan, tetapkan tempoh
setelah pengeringan yang singkat,
tetapi
sekurang-kurangnya 30 minit. Ini
diperlukan bagi item berbilang lapisan
(contohnya kolar, poket s/jointfilesconvert/840483/bgnya).
Pastikan tiada benda logam yang
tertinggal di dalam pakaian
(contohnya penyepit rambut, pin
dawai, jarum).
Butangkan sarung bantal, tutup kancing
zip, cangkuk dan butang ketap. Ikatkan
apa-apa tali pinggang atau pita yang
panjang.
Untuk mengelak pakaian menjadi terbelit-
belit: tutup zip, butangkan sarung duvet
dan ikat tai atau riben (contohnya tali
apron).
Terbalikkan fabrik dua lapisan
(contohnya anorak yang berlapis kapas,
lapisan kapas sepatutnya paling luar
sekali). Fabrik ini akan mengering lebih
baik setelah diterbalikkan.
Vista de pagina 11
1 2 ... 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 ... 31 32

Comentarios a estos manuales

Sin comentarios