
maklumat keselamatan electrolux 5
Maklumat Keselamatan
Untuk menjaga keselamatan anda dan
untuk memastikan penggunaan yang
betul, sebelum memasang dan
menggunakan alat ini buat kali
pertama, baca manual pengguna ini
dengan teliti, termasuk petua dan
amarannya. Untuk mengelak daripada
kesalahan dan kemalangan yang boleh
dielakkan, adalah penting untuk
memastikan semua orang yang
menggunakan alat ini tahu benar
mengenai operasi dan ciri-ciri
keselamatannya. Simpan arahan ini
dan pastikan ia tetap berada bersama
alat ini jika ia dipindahkan atau dijual,
supaya semua orang yang
menggunakan alat ini di sepanjang
hayatnya akan mendapat maklumat
yang betul mengenai penggunaan dan
keselamatan alat ini.
Keselamatan umum
● Adalah merbahaya untuk mengubah
spesifikasi atau cuba mengubah suai
produk ini dalam apa-apa cara sekali
pun.
● Alat ini tidak dimaksudkan untuk
digunakan oleh orang (termasuk
kanak-kanak) yang kurang upaya
fizikal, deria atau kurang pengalaman
dan pengetahuan, melainkan mereka
telah diberi penyeliaan atau arahan
mengenai penggunaan alat ini oleh
orang yang bertanggungjawab ke atas
keselamatan mereka.
● Pastikan haiwan peliharaan tidak
memanjat masuk ke dalam dram.
Untuk mengelak perkara ini daripada
berlaku, sila periksa dalam dram
sebelum menggunakan alat ini.
● Apa-apa objek seperti duit syiling, pin
dawai, paku, skru, batu atau apa-apa
benda keras dan tajam boleh
menyebabkan kerosakan yang besar
dan tidak boleh dimasukkan ke dalam
mesin.
● Untuk mengelak daripada bahaya
kebakaran yang disebabkan oleh
pengeringan yang berlebihan, jangan
gunakan alat ini untuk mengeringkan
item berikut: Kusyen, kuilt dan yang
sepertinya (item-item ini mengumpul
haba).
● Item seperti getam busa (busa lateks),
topi mandi, tekstil kalis air, barang yang
dilapis getah dan pakaian atau bantal
yang dipasang dengan pad getah busa
tidak sepatutnya dikeringkan dalam
mesin pengering.
● Sentiasa cabut plag alat ini setelah
penggunaan, pembersihan dan
penyelenggaraan.
● Anda tidak boleh cuba memperbaiki
alat ini sendiri, walau dalam keadaaan
apa sekali pun. Pembaikan yang
dijalankan oleh orang yang tidak
berpengalaman mungkin
menyebabkan kecederaan atau
malfungsi yang serius. Harap hubungi
Pusat Servis setempat. Sentiasa
tegaskan anda menghendaki alat ganti
yang tulen.
● Item yang telah dikotorkan dengan
bahan seperti minyak masak, aseton,
petrol, kerosin, penanggal kotoran,
turpentin, lilin dan penanggal lilin
hendaklah dibasuh dalam air panas
dengan jumlah detergen yang lebih
banyak sebelum dikeringkan di dalam
mesin pengering.
● Bahaya letupan: Jangan sekali-kali
mengeringkan item yang telah dicemari
dengan pelarut mudah terbakar (petrol,
spirit (ber)metil, cecair pencucian kering
dan yang sepertinya). Oleh kerana
bahan-bahan ini mudah meruap, ia
boleh menyebabkan letupan. Hanya
keringkan item yang dibasuh dengan
air.
● Risiko kebakaran: item yang telah
dikotori atau direndam dengan minyak
sayuran atau minyak masak
merupakan bahaya api dan tidak
sepatutnya dimasukkan ke dalam
mesin pengering.
● Jika anda telah membasuh kain kotor
anda dengan bahan pembersih
kotoran anda mesti menjalankan satu
kitaran bilasan tambahan sebelum
memuatkannya ke dalam mesin
pengering anda.
● Sila pastikan tidak terdapat pemetik api
atau mancis yang telah ditinggalkan
tanpa sengaja dalam poket pakaian
yang hendak dimuatkan ke dalam alat
MS
Comentarios a estos manuales