Electrolux EDC67150W Manual de usuario Pagina 6

  • Descarga
  • Añadir a mis manuales
  • Imprimir
  • Pagina
    / 32
  • Tabla de contenidos
  • MARCADORES
  • Valorado. / 5. Basado en revisión del cliente
Vista de pagina 5
6 electrolux maklumat keselamatan
Pemasangan
Alat ini berat. Hendaklah berjaga-jaga
semasa memindahkannya.
Semasa membuka bungkusan alat,
sila periksa dan pastikan alat tidak
rosak. Jika berasa ragu, jangan
gunakannya dan hubungilah Pusat
Servis.
Semua bolt pengangkutan dan bahan
pembungkusan mesti dikeluarkan
sebelum penggunaan. Kerosakan
serius boleh berlaku kepada produk
dan kepada harta jika tidak mematuhi
perkara ini. Lihat bahagian yang
relevan dalam manual pengguna ini.
Bahagian akhir kitaran mesin pengering
berjalan tanpa haba( kitaran menjadi
sejuk ) untuk memastikan item
dibiarkan pada suhu yang memastikan
item tidak akan menjadi rosak.
Apa-apa kerja elektrik yang diperlukan
untuk memasang mesin ini hendaklah
dilakukan oleh juruelektrik bertauliah
atau oleh orang yang kompeten.
Perhatian hendaklah diambil untuk
memastikan alat tidak berdiri di atas
kabel bekalan elektrik.
Jika mesin diletakkan di atas lantai
yang berkarpet, sila laraskan kakinya
untuk membenarkan udara beredar
dengan bebas
Setelah memasang alat ini, periksa dan
pastikan ia tidak menekan atau berdiri
di atas kabel bekalan elektrik, hos air
masuk dan hos air keluar.
Jika mesin pengering diletakkan di atas
mesin basuh, adalah diwajibkan
menggunakan kit tindanan (aksesori
pilihan).
Penggunaan
Mesin ini direka untuk kegunaan di
rumah sahaja. Jangan gunakannya
untuk tujuan selain daripada yang
dimaksudkan.
Hanya basuh kain yang memang
dimaksudkan untuk dikeringkan
dengan mesin sahaja. Petunjuk di label
pakaian hendaklah dipatuhi.
Jangan keringkan item yang tidak
dibasuhkan, di dalam mesin pengering.
Pelembut kain atau produk yang
serupa hendaklah digunakan seperti
yang telah ditetapkan oleh arahan
pelembut kain tersebut.
Jangan masukkan pakaian melebihi
beban yang dibenarkan bagi mesin.
Lihat bahagian yang relevan dalam
manual pengguna ini.
Pakaian yang basah menitik-nitik tidak
boleh dimasukkan ke dalam mesin
pengering.
Pakaian yang telah tercemar dengan
produk petrol yang mudah meruap
tidak boleh dikeringkan dengan mesin.
Jika cecair pembersihan mudah
meruap digunakan, penjagaan
hendaklah diambil untuk memastikan
bahawa cecair tersebut dikeluarkan
daripada pakaian sebelum dimasukkan
ke dalam mesin.
Jangan sekali-kali tarik kabel bekalan
kuasa untuk mencabut palam dari
soketnya; sentiasa pegang dan cabut
palam itu sendiri.
Jangan gunakan mesin pengering jika
kabel bekalan kuasa, panel kawalan,
permukaan kerja atau tapak mesin
rosak sehinggakan bahagian dalam
mesin pengering tersebut boleh
dimasukki.
AMARAN:
Jangan hentikan pengeringan sebelum
tamat kitaran pengeringannya.
Keselamatan kanak-kanak
Mesin ini tidak dimaksudkan untuk
digunakan oleh kanak-kanak kecil atau
orang yang uzur tanpa penyeliaan.
Kanak-kanak hendaklah diselia untuk
memastikan mereka tidak bermain
dengan alat tersebut.
Komponen pembungkusan (contohnya
lapik plastik, polistirena) boleh
membahayakan kanak-kanak - bahaya
kelemasan! Jauhkan daripada capaian
kanak-kanak
Simpan semua detergen di tempat
yang selamat jauh daripada capaian
kanak-kanak.
Pastikan kanak-kanak atau haiwan
peliharaan tidak memanjat masuk ke
dalam dram.
Vista de pagina 5
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 ... 31 32

Comentarios a estos manuales

Sin comentarios