Electrolux EDC67150W Manual de usuario Pagina 9

  • Descarga
  • Añadir a mis manuales
  • Imprimir
  • Pagina
    / 32
  • Tabla de contenidos
  • MARCADORES
  • Valorado. / 5. Basado en revisión del cliente
Vista de pagina 8
guna electrolux 9
Di akhir program, dail pemilih
hendaklah diputar ke kedudukan O,
untuk mematikan mesin.
Perhatian!
Jika anda memutarkan dail pemilih
program ke program lain semasa
mesin sedang berjalan, lampu pada
paparan kemajuan program mula
berkelip. Mesin tidak akan
menjalankan program yang baru
dipilih.
Butang Pilihan Program
Fungsi yang berlainan boleh
digabungkan, bergantung kepada
program. Ini mesti dipilih selepas
memilih program yang dikehendaki
dan sebelum menekan butang
Mula/Jeda.
Apabila butang ini ditekan, lampu
pandu yang berkaitan akan menyala.
Apabila ia ditekan lagi, lampu pandu
yang berkaitan akan padam.
Pilih Bahan halus
Menekan butang ini membolehkan
pengeringan dijalankan pada suhu
yang lebih rendah, untuk item bahan
halus.
Lampu pandu yang sepadan akan
menyala. Pilihan ini juga boleh digu-
nakan untuk pengeringan yang
dikawalkan oleh masa.
BAHAN HALUS hanya sesuai untuk
penggunaan dengan muatan sehing-
ga 3kg!
Apabila program telah selesai, lampu
pandu Tamat akan menyala.
Pilih Kekeringan
Guna butang Kekeringan secara
berulang, untuk memilih pilihan yang
dikehendaki. Lampu berkenaan akan
menyala. Kain menjadi lebih kering
dari MIN ke MAKS.
Tekan butang Kekeringan seberapa
banyak kali yang perlu sehingga lampu
kecil pada tahap kelembapan baki
yang diperlukan menyala.
Apabila program telah selesai, lampu
pandu Tamat akan menyala.
Pilih Pembaz
Apabila kitaran pengeringan telah
selesai, isyarat boleh dengar yang
terputus-putus akan berbunyi.
Dengan menekan butang isyarat
akustik dimatikan dalam kes-kes berikut:
semasa memilih program
semasa menekan butang
semasa dail pemilih program
diputarkan ke kedudukan lain
semasa program sedang berjalan
atau apabila anda menekan butang
pilihan semasa kitaran
di akhir program.
Lampu yang sepadan menyala
Pilih Mula/Jeda
Start/Pause
Buzzer
Dryness
MS
Vista de pagina 8
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 ... 31 32

Comentarios a estos manuales

Sin comentarios